Pembentukan perjanjian Perjanjian_Jepun–Korea_1905

Dewan Jungmyeongjeon, tempat perjanjian itu ditandatangani

Pada 9 November 1905, Itō Hirobumi tiba di Hanseong dan memberikan sepucuk surat dari Maharaja Jepun kepada Gojong, Maharaja Korea, yang memintanya untuk menandatangani perjanjian tersebut. Pada 15 November 1905, dia memerintahkan tentera Jepun untuk mengepung istana maharaja Korea dan mengancam maharaja untuk memaksanya menyetujui perjanjian tersebut.

Pada 17 November 1905, Ito dan Fil Marsyal Jepun Hasegawa Yoshimichi memasuki Dewan Jungmyeongjeon, sebuah bangunan yang direka bentuk oleh Rusia yang dulunya merupakan sebahagian daripada Istana Deoksu, untuk meyakinkan Gojong supaya bersetuju, tetapi baginda menolak. Ito menekan kabinet dengan pelbagai ancaman termasuk fizikal agar menandatangani perjanjian tersebut.[6] Menurut 한계옥 (Han-Gyeok), perdana menteri Korea Han Gyu-seol tidak setuju dan berteriak keras. Ito memerintahkan para pengawal untuk mengurungnya di sebuah bilik dan mengatakan jika dia terus menjerit, mereka boleh membunuhnya.[7] Kabinet Korea menandatangani perjanjian yang telah disiapkan oleh Ito di Jungmyeongjeon. Perjanjian itu memberi Empayar Jepun tanggungjawab penuh untuk urusan luar negara Korea,[8] dan meletakkan semua perdagangan melalui pelabuhan Korea di bawah pengawasan Empayar Jepun.

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian_Jepun–Korea_1905 http://joongangdaily.joins.com/article/view.asp?ai... http://joongangdaily.joins.com/article/view.asp?ai... http://100.naver.com/100.nhn?docid=124327 http://www.ivynews.kr/news/news_main.html?number=4... http://www.ekoreajournal.net/issue/view_pop.htm?Id... http://en.wikisource.org/wiki/Treaty_on_Basic_Rela... http://www.worldcat.org/title/abacus-and-the-sword... http://www.worldcat.org/title/japanese-imperialism... http://www.worldcat.org/title/korea-and-the-united... http://www.worldcat.org/title/koreas-appeal-to-the...